ANDA MENCARI CUSTOMER @ CUSTOMER MENCARI ANDA
Dulu masa tiada facebook, di mana peniaga online beriklan?
BETULLL TU...
> Mudah
> Lelong
> dan seangkatan
Tempat begini dipanggil MARKETPLACE
Tempat begini saya panggil 'tempat penuh trafik targeted'
Kenapa?
- TRAFIK
Pelawat marketplace adalah targeted kerana mereka datang sebab nak mencari barang (mungkin beli terus)
Jadi anda perlu letak produk di depan mereka, sales akan berlaku dengan lebih pantas tanpa perlu balas wasap panjang berjela.
Contoh jika anda pergi ke mudah, anda nak cari telefon bimbit, anda akan buka bahagian telephone, betul?
Jadi jika anda nampak iklan tentang phone yang anda minat, anda akan contact & terus beli.
[+] Anda dah ada nawaitu nak beli
[+] Anda dah survey habis di situ
[+] Anda dah jumpa apa yang anda nak
Takkan tak beli? kan?
- JOM IKLAN DI SANA
Anda pasang je iklan produk anda di sana. Tengok macam mana hasilnya dalam masa seminggu.
Kemudian anda boleh cuba guna product feature dan lihat hasilnya dalam masa seminggu.
Product feature maksudnya anda bayar kepada mudah, iklan anda akan dipaparkan di muka depan mudah paling atas.
- STRATEGI
Nak beriklan di marketplace anda kena tahu keyword apa yang digunakan untuk mencari produk.
Nak pakai keyword yang popular atau kurang popular?
Jika anda guna keyword popular seperti peniaga lain, iklan produk anda mungkin tenggelam.
Jika gunakan keyword yang kurang popular, iklan anda mungkin menonjol tetapi ambil masa yang agak lama.
Contoh : jual produk ubat sakit lutut gel amano
Keyword popular : Gel amano, gel sakit lutut
keyword kurang popular : pencegah sakit lutut
Jadi anda pilih strategi mana yang anda mahukan. Yang ini anda perlu uji... uji... uji... dan uji. Tak boleh main agak, kena uji setiap masa.
Boleh?
Semoga membantu...selamat maju jaya...